Dulu masa Tingkatan 5, masa ulangkaji subjek Matematik, Makndak selalu pasang lagu ni. Kiranya bagi semangat nak buat latihan Matematik tu. Masa tu tahun 1996, kakcik baru balik dari Australia. Kakcik tau Makndak suka lagu ni ( sebenarnya Makndak yang mintak belikan...) jadi dibelikannya kaset (masa tu kaset masih lagi berleluasa). Jadi, Makndak pasang le lagu ni. Tajuk lagu ni 'Keys to Imagination'. Artis - Yanni. Asal Greece. Hemsem...Lagu ni memang best. Bila dengar lagu ni, Makndak selalu berangan ada kat Acropolis ni...
Tuesday, October 20, 2009
Sunday, October 4, 2009
Thunderbirds - USAF airshow in Malaysia
Semalam ada pertunjukan udara kat sini. Pangkalan Udara Subang. Thunderbirds - US Air Force. Best...
Sebenarnya dah beberapa hari ruang udara pangkalan ni riuh ngan bunyi jet. Bising jugak, tapi seronok. Tengok jet tu laju je, siap pusing-pusing, bersilang -silang ngan jet lain, seronok benar. Tengah masak pun boleh main lari-lari pegi kat tingkap, nak tengok sangat. Nasib baik ikan goreng tak hangus...
Hari Jumaat kelmarin ada jamuan raya kat sekolah. Dalam jam 11 pagi camtu, budak-budak dah bising sambil berlari ke padang. Rupanya Thunderbirds dah buat latihan. Cikgu-cikgu pun sama le...yelah, Hari Sabtu tak dapat tengok sebab ada LADAP. Nak buat camne...jadi tengah hari tu, suma warga SK TUDM Subang berkumpul di padang nak tengok airshow. Yang paling seronok Kak As. Kalah budak darjah 1! Makndak pun teruja gak! Dua tahun lepas dapat tengok
Red Arrows dengan Suryakiran (Indian Air Force). Pun seronok jugak.
Tengok la muka Kak As yang teruja sangat ni...
Petang Jumaat tu pulak, Pakndak balik kampung amik anak-anak sedara dia, anak Induk Aspa dengan anak Mak Uda blogger. Haziq, anak bongsu Mak Uda blogger nak ikut, melalak budak tu...Mak Uda kata payah nanti, dia menyusu. Eleh, susu botol...anak Makndak pun menyusu. Sebenarnya sunyi nanti kalau bagi Haziq ikut. Macam le kita tak tau...
Airshow semalam mula lambat sikit, sebab pagi tu cuaca mendung, angin kuat. Jadi, sementara menunggu ni la aktiviti bebudak nih...
sesi 'makeover'
Masa ni Makndak kat sekolah dah, tengah makan, ambik tenaga sebab ada aktiviti ala Explorace...menang tu, dapat nombor 3! nasib baik tak semput. Dah le inhaler dah expired!
Sebab lama sangat menunggu, budak-budak ni gelisah. Sibuk nak balik, nak main PS2. Jadi Pakndak terpaksa le balik... Makndak dapat tengok kat sekolah...berlari sekuat hati nak habiskan Explorace tu...bila dapat tengok, bising betul...jet bising, cikgu-cikgu ni lagi bising!Jam 1 dah boleh balik. Makndak balik melintas sesuka hati je, TUDM jem! Kereta bukan main banyak...yelah, orang datang tengok, orang beraya merangkap tengok airshow, sampai 3.30 petang baru reda...Bang Ngah Rejab datang dengan adik dia siap terlelap, menunggu jem reda. Alang Hamdan, Pakndak amik naik motor sebab dah tersekat. Sesak di kedua-dua arah.
Tak caya? Tengok gambar ni...
Bila dah selesai semua, tetamu pun dah balik, ni la keadaannya...
Kepada yang berminat nak tahu lebih lanjut mengenai Thunderbirds, klik sini ye... http://thunderbirds.airforce.com/

Thursday, October 1, 2009
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Selamat hari raya makndak ucapkan untuk suma...kepada kawan-kawan sekolah / maktab yang terjumpa blog ni, selamat hari raya, maaf zahir batin. Yelah, kita hanya manusia biasa, tak lepas dari melakukan kesilapan. (macam skrip drama lak...) apa pun, dalam kita seronok beraya, ada sedikit cerita yang makndak nak kongsi. Boleh juga dijadikan peringatan untuk makndak sendiri dan juga untuk suma worang yang baca kisah ni.
Makndak sampai Subang dari kampung hari Sabtu lepas. lebih kurang jam 8 malam. lepas masak, kemas serba sikit, nak duduk tengok tv pulak. Masa tu dah jam 10 malam. 10 MALAM. Tiba-tiba ada suara sumbang bagi salam dan menyebut, "acik, nak raya". Makndak dah tau ni musti budak-budak sekolah. Nasib bebudak tu baik sebab pakndak yang bukak pintu, kalau makndak yang bukak....
Bila sekolah bukak hari Isnin lepas, masa perhimpunan, makndak mintak cikgu disipln ni ingatkan bebudak malam takyah la pegi beraya. Yang makndak tak paham, mak bapak diorang tak tengok jam ke? Takkan tak risau anak tak balik rumah, jam dah pukul 10? Yelah...agaknya pikir sebab tinggal dalam tempat terkawal, jadi takde apa nak dirisaukan...
Di sinilah perlunya sifat BERTIMBANGRASA dan HORMAT ANTARA SATU SAMA LAIN. Dah pukul 10 malam takyah le beraya lagi. Siang nanti beraya benar le...
Selamat Hari Raya....

Friday, September 11, 2009
lama tak jumpa...lama tak update sebenarnya!
nak tau sebab apa lama tak update? sibuk main game! macam-macam game... cake mania,
sally's spa, burger shop..best...pastu buat markah budak, sibuk betul...
ini ada laman sesawang yang seronok untuk dilayari. http://www.engrish.com/
Semoga terhibur!!

Wednesday, August 5, 2009
Kak Saba dan kawan-kawan

Yang tudung warna merah hati tu Kak Saba. Tudung pink, Kak As. Nanti cerita pasal Kak As pulak. Tudung coklat tu Kak Yanie (j-QAF). Tudung bunga-bunga tu Kak Zam. Ni la barisan Ustazah yang bertungkus lumus menelefon Ustaz Zamri, jemput datang ke sekolah. Kak Saba ni KP - Ketua Panitia. Orang Nogori. Gulai lemak cili api Kak Saba, perghh...best. Kalau Kak Saba bawak lauk tu, nasi dalam thermos sold out!
Hidup Kak Saba!
Tuesday, August 4, 2009
Sambutan Isra' Mi'raj
Jumaat lepas (31/7/2009), SK TUDM adakan ceramah. Bila ada ceramah, mesti ada penceramah. Penceramah yang sudi datang ke sekolah Makndak tu...Ustaz Hj. Mohd Zamri b. Hj. Mohd Zainuldin.
Alah, ustaz Mari Mengaji TV9, mantop...sebelum Ustaz Zamri mula ceramah, hujan pulak pagi tu. Hujan rahmat. nak test bumbung. Disebabkan tapak perhimpunan tu basah dan berminyak(kesan tar), jadi budak-budak semua bawak kerusi masing-masing. Selesa la sikit. Budak-budak seronok dengar ceramah Ustaz Zamri. Siap slide, nasyid...memang la best. Cikgu-cikgu pun suka gak. T
ambah pulak dok kat atas kerusi, lagi la best. Apa-apa pun, Kak Saba la orang yang paling suka sekali. (agaknya la..he...) Semuanya berjalan lancar. Alhamdulillah.Siapa-siapa yang nak jemput Ustaz Zamri, boleh la klik kat sini ye.
http://www.ustaz-zamri.com/v1/
http://www.mantop.com.my/v1/
Kepada Ustaz Zamri, terima kasih yang tidak terhingga kerana sudi hadir ke SK TUDM Subang.
Monday, August 3, 2009
bumbung dah siap

Mula-mula cerita bumbung. Alhamdulillah, siap juga le bumbung tapak perhimpunan tu. Ingatkan tak sempat siap. Yelah...pekerja yang datang 3 orang, datangnya pulak jam 10.30 pagi. Tak ke cemas KP Pendidikan Islam, Ustazah Sabariah dan anak-anak buahnya...Kiranya nak guna untuk ceramah Sambutan Isra' Mi'raj. Yelah...ada tetamu istimewa. Nak guna dewan dalam pangkalan, kena tempah sebulan sebelum kejadian. Jadi, Kak Saba dan Kak As terpaksa jadi mandur, suruh pekerja-pekerja tu cepat sikit. Akhirnya, siap juga petang Khamis tu. macam ni la rupanya.
Subscribe to:
Posts (Atom)