Thursday, October 1, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Selamat hari raya makndak ucapkan untuk suma...kepada kawan-kawan sekolah / maktab yang terjumpa blog ni, selamat hari raya, maaf zahir batin. Yelah, kita hanya manusia biasa, tak lepas dari melakukan kesilapan. (macam skrip drama lak...) apa pun, dalam kita seronok beraya, ada sedikit cerita yang makndak nak kongsi. Boleh juga dijadikan peringatan untuk makndak sendiri dan juga untuk suma worang yang baca kisah ni.
Makndak sampai Subang dari kampung hari Sabtu lepas. lebih kurang jam 8 malam. lepas masak, kemas serba sikit, nak duduk tengok tv pulak. Masa tu dah jam 10 malam. 10 MALAM. Tiba-tiba ada suara sumbang bagi salam dan menyebut, "acik, nak raya". Makndak dah tau ni musti budak-budak sekolah. Nasib bebudak tu baik sebab pakndak yang bukak pintu, kalau makndak yang bukak....
Bila sekolah bukak hari Isnin lepas, masa perhimpunan, makndak mintak cikgu disipln ni ingatkan bebudak malam takyah la pegi beraya. Yang makndak tak paham, mak bapak diorang tak tengok jam ke? Takkan tak risau anak tak balik rumah, jam dah pukul 10? Yelah...agaknya pikir sebab tinggal dalam tempat terkawal, jadi takde apa nak dirisaukan...
Di sinilah perlunya sifat BERTIMBANGRASA dan HORMAT ANTARA SATU SAMA LAIN. Dah pukul 10 malam takyah le beraya lagi. Siang nanti beraya benar le...
Selamat Hari Raya....

No comments:

Post a Comment