Wednesday, August 5, 2009

Kak Saba dan kawan-kawan



Yang tudung warna merah hati tu Kak Saba. Tudung pink, Kak As. Nanti cerita pasal Kak As pulak. Tudung coklat tu Kak Yanie (j-QAF). Tudung bunga-bunga tu Kak Zam. Ni la barisan Ustazah yang bertungkus lumus menelefon Ustaz Zamri, jemput datang ke sekolah. Kak Saba ni KP - Ketua Panitia. Orang Nogori. Gulai lemak cili api Kak Saba, perghh...best. Kalau Kak Saba bawak lauk tu, nasi dalam thermos sold out!
Hidup Kak Saba!

Tuesday, August 4, 2009

Sambutan Isra' Mi'raj

Jumaat lepas (31/7/2009), SK TUDM adakan ceramah. Bila ada ceramah, mesti ada penceramah. Penceramah yang sudi datang ke sekolah Makndak tu...
Ustaz Hj. Mohd Zamri b. Hj. Mohd Zainuldin.
Alah, ustaz Mari Mengaji TV9,
mantop...sebelum Ustaz Zamri mula ceramah, hujan pulak pagi tu. Hujan rahmat. nak test bumbung. Disebabkan tapak perhimpunan tu basah dan berminyak(kesan tar), jadi budak-budak semua bawak kerusi masing-masing. Selesa la sikit. Budak-budak seronok dengar ceramah Ustaz Zamri. Siap slide, nasyid...memang la best. Cikgu-cikgu pun suka gak. Tambah pulak dok kat atas kerusi, lagi la best. Apa-apa pun, Kak Saba la orang yang paling suka sekali. (agaknya la..he...) Semuanya berjalan lancar. Alhamdulillah.
Siapa-siapa yang nak jemput Ustaz Zamri, boleh la klik kat sini ye.

http://www.ustaz-zamri.com/v1/
http://www.mantop.com.my/v1/


Kepada Ustaz Zamri, terima kasih yang tidak terhingga kerana sudi hadir ke SK TUDM Subang.

Monday, August 3, 2009

bumbung dah siap



Mula-mula cerita bumbung. Alhamdulillah, siap juga le bumbung tapak perhimpunan tu. Ingatkan tak sempat siap. Yelah...pekerja yang datang 3 orang, datangnya pulak jam 10.30 pagi. Tak ke cemas KP Pendidikan Islam, Ustazah Sabariah dan anak-anak buahnya...Kiranya nak guna untuk ceramah Sambutan Isra' Mi'raj. Yelah...ada tetamu istimewa. Nak guna dewan dalam pangkalan, kena tempah sebulan sebelum kejadian. Jadi, Kak Saba dan Kak As terpaksa jadi mandur, suruh pekerja-pekerja tu cepat sikit. Akhirnya, siap juga petang Khamis tu. macam ni la rupanya.