Monday, September 12, 2011

lagi luahan rasa

UPSR nak mula esok. Selamat berjaya kepada semua anak murid Makndak. Kamu semua sangat beruntung. Datang sekolah terus menjawab.
Dulu, masa Makndak peksa UPSR, tahun 1991, takde pun program motivasi ke, perkampungan ilmu ke, muafakat guru dan ibu bapa ke...takde...kalau kata kelas tambahan ada le...tapi tak le 'segila' sekarang...pagi petang siang malam kelas...mabuk woo...
Zaman Makndak peksa dulu, awal tahun belajar macam biasa. Muzik, PJ, semua tu belajar macam biasa. Sekarang ni je dah lain...masuk je Tahun 6 dah tak leh main rekoder, tak leh nyanyi...adoyai...kesian...belajar,belajar,belajar...
Seingat Makndak, tiga bulan sebelum peksa baru pulun gila2...masa tu cikgu asingkan kelas..kalau tak silap la...yang lemah matematik masuk satu kelas, yang lemah BI masuk kelas lain...lebih kurang camtu le...tidak le macam sekarang ni...
Majlis mohon restu pun takde...bebudak sekarang, macam-macam...tapi Makndaktengok macam takde perasaan nak peksa je... yelah, masih lagi bercerita pasal telefon, facebook...adoyai...cikgu-cikgu yang beria-ia...
Satu lagi, pasal ketas peksa. Makndak dulu kena hitamkan sendiri angka giliran, budak sekarang, komputer yang hitamkan...agaknya tak nak jadi masalah kemudian hari...tapi pada Makndak, bila tak suruh diorang buat sendiri, sebab tu le diorang ni takde sifat berhati-hati, cermat dalam buat kerja...sebabnya semua dah disediakan...tak bagus sebenarnya macam tu...bila nak isi borang universiti baru le terkial-kial...sebab takde latihan dari awal..
Sebenarnya Makndak kesian tengok budak-budak ni...tapi apakan daya...ayat penyata yang sama Makndak dengar, "kalau dibiarkan kat rumah bukannya belajar diorang ni, biar dia gi sekolah".. LETIH!!! Sebab tu bila lepas UPSR, diorang ni macam baru lepas keluar penjara...