Sunday, October 4, 2009

Thunderbirds - USAF airshow in Malaysia

Semalam ada pertunjukan udara kat sini. Pangkalan Udara Subang. Thunderbirds - US Air Force. Best...
Sebenarnya dah beberapa hari ruang udara pangkalan ni riuh
ngan bunyi jet. Bising jugak, tapi seronok. Tengok jet tu laju je, siap pusing-pusing, bersilang -silang ngan jet lain, seronok benar. Tengah masak pun boleh main lari-lari pegi kat tingkap, nak tengok sangat. Nasib baik ikan goreng tak hangus...
Hari Jumaat kelmarin ada jamuan raya kat sekolah. Dalam jam 11 pagi camtu, budak-budak dah bising sambil berlari ke padang. Rupanya Thunderbirds dah buat latihan. Cikgu-cikgu pun sama le...yelah, Hari Sabtu tak dapat tengok sebab ada LADAP. Nak buat camne...jadi tengah hari tu, suma warga SK TUDM Subang berkumpul di padang nak tengok airshow. Yang paling seronok Kak As. Kalah budak darjah 1! Makndak pun teruja gak! Dua tahun lepas dapat tengok
Red Arrows dengan Suryakiran (Indian Air Force). Pun seronok jugak.

Tengok la muka Kak As yang teruja sangat ni...






Petang Jumaat tu pulak, Pakndak balik kampung amik anak-anak sedara dia, anak Induk Aspa dengan anak Mak Uda blogger. Haziq, anak bongsu Mak Uda blogger na
k ikut, melalak budak tu...Mak Uda kata payah nanti, dia menyusu. Eleh, susu botol...anak Makndak pun menyusu. Sebenarnya sunyi nanti kalau bagi Haziq ikut. Macam le kita tak tau...
Pagi Sabtu, Makndak bersiap nak pegi LADAP, budak-budak ni siap nak pegi tengok airshow. Yang bestnya, si Amir Kemot, orang pertama mandi! Kalau kat rumah dia la yang terakhir mandi. Tapi sebab nak tengok kapal terbang, bangun tidur terus capai tuala! ni la dia Amir Kemot, dah siap mandi!

sarapan dulu...
dah sampai kat hangar...
Airshow semalam mula lambat sikit, sebab pagi tu cuaca mendung, angin kuat. Jadi, sementara menunggu ni la aktiviti bebudak nih...
sesi 'makeover'









Masa ni Makndak kat sekolah dah, tengah makan, ambik tenaga sebab ada aktiviti ala Explorace...menang tu, dapat nombor 3! nasib baik tak semput. Dah le inhaler dah expired!
Sebab lama sangat menunggu, budak-budak ni gelisah. Sibuk nak balik, nak main PS2. Jadi Pakndak terpaksa le balik... Makndak dapat tengok kat sekola
h...berlari sekuat hati nak habiskan Explorace tu...bila dapat tengok, bising betul...jet bising, cikgu-cikgu ni lagi bising!Jam 1 dah boleh balik. Makndak balik melintas sesuka hati je, TUDM jem! Kereta bukan main banyak...yelah, orang datang tengok, orang beraya merangkap tengok airshow, sampai 3.30 petang baru reda...Bang Ngah Rejab datang dengan adik dia siap terlelap, menunggu jem reda. Alang Hamdan, Pakndak amik naik motor sebab dah tersekat. Sesak di kedua-dua arah.
Tak caya? Tengok gambar ni...

SESAK!
Bila dah selesai semua, tetamu pun dah balik, ni la keadaannya...


Kepada yang berminat nak tahu lebih lanjut mengenai Thunderbirds, klik sini ye... http://thunderbirds.airforce.com/

No comments:

Post a Comment