Saturday, December 26, 2009

Pemancing tegar

Makndak rasa ramai yang minat memancing kan? Memancing ni bagi yang minat, boleh tenangkan fikiran, hilangkan serabut dalam kepala dan ada jugak yang boleh dapat ilham masa memancing. Tak kisah la pasal apa pun. Makndak tak berapa sangat memancing ni, sebabnya tak reti la nak duduk je tunggu ikan. Memancing ni untuk orang yang tahap sabarnya tinggi. He... Pakndak minat aktiviti ni. Makndak tak pulak halang. Selalu Pakndak pergi dengan adik beradik dia. Ni yang nak cerita ni. Minggu lepas Pakndak 4 beradik berpakat le nak memancing. Alang, Bang Teh, Pakndak dengan Pak Uda. Alang Hamdan tu nasib baik sampai on time. Maklum le, orang bukit. Alang Hamdan kerja kat Genting Highlands. Lambat seminit memang kena tinggal le dia...

Dari kiri : Bang Teh Hazman, Pak Uda Hazri, Pakndak Hazilan, Alang Hamdan

Biasa la...persiapan rapi tu penting. Punya teruja la 4 beradik ni. Tengok la gambar-gambar seterusnya...dengan pancing, topi, jaket...hu..hu..hu..

tengah tunggu lagi 2 orang...

tak cukup lagi sorang...mana le Alang nih?


Jom mancing!!! Doakan kejayaan kami...

Maka mereka pun pergi le 'berjuang'. Menjelang senja, mereka pun pulang. Hasilnya tidak begitu memberangsangkan. Namun demikian...macam contoh karangan UPSR pulak. 4 beradik tak putus asa. Lepas Maghrib, ada bengkel memancing serentak dengan sesi brainstorming. Post-mortem sekali, nak tau kenapa tadi tak dapat ikan....

ni tengah brainstorming la ni...


Apa pun, semangat 4 beradik ni memang kental. Masa Makndak update blog ni, Pakndak, Pak Uda, Bang Teh, mak dengan Mak Uda ada kat tepi laut, Tanjung Bidara. Lepas gian memancing... Alang je takde sebab kerja.

Friday, December 25, 2009

Jom Mandi!!!


Salam...10 Disember lepas Makndak pegi Wet World Shah Alam. Rombongan Kakcik. Aiza, Aidi ada jugak, Dhaniah (anak Along pun ada sama). Makndak dengan Kakcik tak mandi pun. Duduk bergosip sambil makan roti cicah serawa durian. Kakcik dah pandai buat serawa...tercabar Makndak... Nasib baik ada 2 orang 'lifeguard' (sape lagi kalau bukan Aiza & Aidi), jadi senang hati la. Sebelum pegi tu kumpul kat rumah Kakcik dulu. Budak-budak ni dah dapat air...tak ingat...

ni muka seronok sangat nak pegi...siap pelampung, bola...

Monday, November 23, 2009

Gila TUPPERWARE

Salam....lama tak jumpa...biasa la, dah hujung tahun ni, banyak kerja kat sekolah. Penat....nak update blog pun tak larat. Mak Uda Rusiah bising la jugak...tanya bila nak update...kalau nak cepat Mak Uda update sendiri la...he.... Cerita kali ni pasal TUPPERWARE. Asal bekas isi bekal makanan mesti nama dia 'tapawe'. Dulu masa zaman kanak-kanak riang, ingat suma bekas tu nama dia 'tapawe', Rupa-rupanya jenama mahal... Bila dah kawin, dapat hadiah TUPPERWARE, seronok...ada 2 orang bagi hadiah kawin tu. Anak murid nama Azree Majid ngan kak Rohaina. Terus guna bekas tu. Lepas tu, bila kat sekolah, ada cikgu yang jual, Makndak beli le. Sekarang ni lagi rajin membeli, sebab bekas dia dah cantik, warna warni. Dah penuh le almari. Tapi makndak tak buat tukun, guna. Isi serbuk kunyit, asam jawa, tepung, gula,teh, kopi...macam-macam. Bila dah disusun tu nampak kemas, cantik. Jap lagi boleh tengok gambar koleksi TUPPERWARE Makndak ye. Bukan semua dibeli, ada gak yang hadiah. Hadiah Hari Guru, Hi-tea, Kelas Malam...pendek kata, memang meriah le. Kak Saba kata kalau sape-sape pegi US, beli le bebanyak, sebab kat sana design baru dah keluar. Memang pun. Lawa. Kat sini tak sampai lagi. Tengok kat website je. Nanti klik sini ye.

http://order.tupperware.com/coe/app/home
http://www.tupperware.com.
my/

tengok gambar lak... ada barang kat sini yang bukan Makndak punya, tapi saja amik gambar sebab suka. Jag yang old school tiga sekawan tu arwah nenek abang ipar Makndak punya.
Acuan kuih, egg separator tu ibu mertuaku punya. Yang warna warni Makndak punya.


acuan kuih ni atas bawah boleh guna

ni ibu mertuaku punya


botol air ni hadiah kelas malam, yang bertingkat-tingkat ni bekas bawang, bekas biru ni hadiah hi-tea


ni la bekas kunyit, asam jawa, rempah ratus, bekas air dah 5 tahun guna sampai tercabut tutup dia, seterusnya pulak freezermate


ni sebahagian lagi koleksi Makndak...
nak tambah lagi nanti, tunggu...

Thursday, November 5, 2009

Sayangilah ibu bapa kita...

Makndak baru lepas baca satu berita kat Berita Harian Online. Tajuk berita - 'Diarah sara ibu bapa sepanjang hayat.' Makndak rasa terkejut sebab ada anak yang sanggup buat macam tu kat mak ayah sendiri. Mak ayah tu dah susah payah membesarkan kita dan dalam kes ni sampai jadi pensyarah, buat tak tau pulak kat mak ayah tu. Dihalau lagi orang tua tu...sampai hati...
Keputusan Mahkamah Syariah tu memang patut, tapi Makndak rasa 'berparut' hati kedua-dua warga emas tu. Apa pun, kalau ada selisih faham dengan mak ayah cakap le terus terang. Jangan sampai jadi macam ni...

Wednesday, October 21, 2009

Bertukar!

Ni la jadinya bila komputer ada hati dan perasaan...

nasi ambang

Rasanya ramai orang tahu apa itu nasi ambang. Makanan orang Jawa. Tapi yang tak Jawa pun dah pandai makan nasi tu. Tahun lepas cikgu-cikgu SK TUDM Subang makan nasi ambang, tapi tidak le dalam dulang. Bungkus. Macam-macam dalam tu. Nasi, mee goreng, tempe (semestinya), lauk ayam kicap ngan sayur. Kalau tak silap...
Masa kat kampung minggu lepas, Makndak dengan Mak U
da bagi anak-anak makan dalam dulang. Risau juga kot ada yang tak nak makan. Rupa-rupanya semua seronok. Siap kata ni rahsia.
Tak boleh cerita dengan orang lain. Lauk malam tu sambal te
lur dengan kari ayam. Kicap atas permintaan. Tuang la kat bahagian masing-masing kan...tengok la sendiri rupa nasi ambang Makndak & Mak Uda ni.
sedap tak?

Dah siap semua, anak-anak pun dipanggil makan.

Seronoknya makan...


Juara bertahan, Hariz.

Bila dah kenyang, macam ni la penyudahnya... mak kata elok makan sedulang ni. Nanti tak lupa saudara mara... satu lagi kelebihan makan dalam dulang ni ialah...
BASUH DULANG DENGAN GELAS JE!!!!

Tuesday, October 20, 2009

saje...

Dulu masa Tingkatan 5, masa ulangkaji subjek Matematik, Makndak selalu pasang lagu ni. Kiranya bagi semangat nak buat latihan Matematik tu. Masa tu tahun 1996, kakcik baru balik dari Australia. Kakcik tau Makndak suka lagu ni ( sebenarnya Makndak yang mintak belikan...) jadi dibelikannya kaset (masa tu kaset masih lagi berleluasa). Jadi, Makndak pasang le lagu ni. Tajuk lagu ni 'Keys to Imagination'. Artis - Yanni. Asal Greece. Hemsem...Lagu ni memang best. Bila dengar lagu ni, Makndak selalu berangan ada kat Acropolis ni...