Saturday, December 26, 2009

Pemancing tegar

Makndak rasa ramai yang minat memancing kan? Memancing ni bagi yang minat, boleh tenangkan fikiran, hilangkan serabut dalam kepala dan ada jugak yang boleh dapat ilham masa memancing. Tak kisah la pasal apa pun. Makndak tak berapa sangat memancing ni, sebabnya tak reti la nak duduk je tunggu ikan. Memancing ni untuk orang yang tahap sabarnya tinggi. He... Pakndak minat aktiviti ni. Makndak tak pulak halang. Selalu Pakndak pergi dengan adik beradik dia. Ni yang nak cerita ni. Minggu lepas Pakndak 4 beradik berpakat le nak memancing. Alang, Bang Teh, Pakndak dengan Pak Uda. Alang Hamdan tu nasib baik sampai on time. Maklum le, orang bukit. Alang Hamdan kerja kat Genting Highlands. Lambat seminit memang kena tinggal le dia...

Dari kiri : Bang Teh Hazman, Pak Uda Hazri, Pakndak Hazilan, Alang Hamdan

Biasa la...persiapan rapi tu penting. Punya teruja la 4 beradik ni. Tengok la gambar-gambar seterusnya...dengan pancing, topi, jaket...hu..hu..hu..

tengah tunggu lagi 2 orang...

tak cukup lagi sorang...mana le Alang nih?


Jom mancing!!! Doakan kejayaan kami...

Maka mereka pun pergi le 'berjuang'. Menjelang senja, mereka pun pulang. Hasilnya tidak begitu memberangsangkan. Namun demikian...macam contoh karangan UPSR pulak. 4 beradik tak putus asa. Lepas Maghrib, ada bengkel memancing serentak dengan sesi brainstorming. Post-mortem sekali, nak tau kenapa tadi tak dapat ikan....

ni tengah brainstorming la ni...


Apa pun, semangat 4 beradik ni memang kental. Masa Makndak update blog ni, Pakndak, Pak Uda, Bang Teh, mak dengan Mak Uda ada kat tepi laut, Tanjung Bidara. Lepas gian memancing... Alang je takde sebab kerja.

No comments:

Post a Comment