Friday, July 1, 2011

luahan rasa

Makndak rasa pelik tengok budak sekolah zaman sekarang. Tak tau malu dengan orang keliling. Budak-budak ni rasa macam dah besar sangat ke? Seluar dalam pun mak ayah belikan, dah nak tunjuk lagak. Agaknya bebudak ni dah tak sabar nak jadi dewasa. Diorang ingat DEWASA = BOLEH BUAT APA SAHAJA? Salah konsep tu. Nanti bila dah betul-betul dewasa baru tau keadaan sebenar.
Makndak tengok bebudak sekolah zaman sekarang selamba je merokok. Sambil tunggu bas hisap rokok. Sikit dia tak tau malu bila orang tengok. Cikgu dia tengok pun takde rasa apa...
selamba je...

Sedar le diri tu sikit. Makan pakai pun masih mak ayah yang tanggung, semestinya duit rokok tu pun datang dari mak ayah. Yelah, duit belanja yang dapat tiap-tiap bulan tu, bukan dari mak ayah? Adoi...apa nak jadi le bebudak ni?

Friday, December 10, 2010

KEBABOOM!!!!

Mesti ramai yang tertanya-tanya...apa yang meletup? He...takde apa-apa yang serius...Makndak ngan MakUda pegi menuntut masa cuti sekolah bulan 12 lepas. Bila pegi menuntut, kena le bawak bahan-bahan sendiri.

Bahan -bahannya bukan susah pun. Telur, tepung (semestinya), susu pekat, air dan garam secukup rasa. Cikgu yang mengajar namanya Norsiah (bukan nama sebenar). Suaminya bernama Wahab(bukan nama sebenar).
Kitorang memang suka makan roti buatan Pn. Norsiah ni. Jangan leka je, mesti abis...budak-budak ni kalau makan roti boom ni, macam makan biskut dibuatnya. Amik sekeping bawak lari jauh-jauh...takde payah piring kuah pun...

Belum mula belajar, dah kena tegur. Rupa-rupanya besen yang Makndak ngan MakUda bawak tak menepati piawaian. Lepas ni kena le MakUda pegi kedai RM2 beli besen baru. Kalau tak, tak jadi le rotinya. Bila besen dah betul, baru le boleh serupa roti kita ngan roti tok guru...


besen kuning ni kitorang punya....tak ikut spesifikasi... besen merah baru betul...

ha...kan dah jadi tu...cuma tak leh canai lagi masa tu...kena tunggu dia kembang dulu...esok pagi le kita canai ye...

Sunday, November 7, 2010

...........

Lama Makndak tak update blog kan? Penat le, macam-macam acara. Yang sebenarnya GB sekolah Makndak baru pencen. Letih merancang dan melaksanakan majlis. Tahun ni juga Makndak kena uruskan Hari Kanak-kanak, letih lagi...jamuan akhir tahun pun Makndak yang uruskan, letih...Apa pun, Alhamdulillah, semua berjalan lancar. Terima kasih kepada rakan-rakan guru yang membantu.
Makndak baru je tengok kat fb video budak pompuan sengal main-main dengan zikir. Masya Allah, diorang ni dah tak tau dosa pahala lagi ke?
Ke memang SENGAL + BENGONG = BANGANG TAHAP GABAN.
Bodoh betul diorang tu. Kengkawan yang lain boleh pulak ketawa je...sama le bangang.
Sedih le tengok...Orang bukan Islam tengok mesti ketawa jugak, yelah, dah pompuan dalam video tu ketawa, yang bukan Islam pun ketawa sama, masalahnya diorang ketawakan agama kita yang dah dibuat main dek pompuan sengal ni...
Sesiapa yang kenal dengan minah--minah tu, nasihat le diorang, suh diorang taubat cepat.

Friday, October 15, 2010

TRANSFORMERS!

Ye ke? Takde la...Transformasi pendidikan. KSSR akan bermula tahun 2011. Siapa yang rasmi?
Murid tahun 1 2011. Makndak baru abis kursus KSSR BI THN 1 semalam. Ok le jugak...Nak kata benda baru sangat pun tidak juga, masih benda yang sama cuma diberi nafas baru dan lebih penekanan dalam satu-satu bidang. Mula-mula memang cam pecah kepala je, tapi bila dah buat bengkel dan sebagainya, baru le paham.
Whatever it is, think positive, ya!

Sunday, September 19, 2010

corelle, corningware, vantage, pyrex....

Selamat hari raya...kan masih bulan raya lagi...entry yang lepas Makndak kata nak masukkan citer raya lagi, ni la dia...Setiap kali nak raya, kaum ibu le yang paling sibuk...nak tempah baju, tempah kuih, buat kuih, tukar langsir, macam-macam le...kalau dah tahap nenek tu pikir lemang, ketupat (tahun ni tak menganyam langsung, beli ketupat NONA je!), tapai, bahulu, kuih sepit, kuih gunting....penatnya....tapi part paling best, masa keluarkan set pinggan mangkuk untuk kegunaan raya...best...
Makndak pun tahun ni guna set baru, he....main kutu...boleh kata hampir semua cikgu sekolah Makndak main kutu cap PERNAMA ni....meriah...
Set Makndak guna Vantage dengan Corelle, Corningware pun ada. Tapi jangan nak berlagak sangat la...ada orang dah guna dulu...nak tau siapa? Mak mertua Makndak le... tak caya? Makndak tunjuk gambar ye.


Sekarang percaya tak? Inilah dia koleksi 'old school' Corningware. Kat tutup kaca dia tu ada tulis 'Pyrex England'...huhuhu...
Mak Makndak pun ada gak koleksi ni, tapi set
pinggan rasanya. Bunga tu memang klasik kan? Pakndak kata kat Mudah.my, dah banyak keluar iklan pinggan mangkuk yang jenis lama tu, bunga hitam...pengumpul barang antik memang suka...yelah, dah macam fesyen baju, corak 'dolu-dolu' keluar balik, camtu le juga pinggan mangkuk ni. Orang dok sibuk cari yang lama...
hhmmm....suka hati korang le...
Jumaat lepas, 24 September ( birthday Mak Uda ), s
ekolah adakan jamuan hari raya. Cikgu-cikgu ada 'potluck'. Makndak saja tengok-tengok juadah apa yang ada. Tiba-tiba, ternampak satu benda dah taraf 'klasik nasional'. Tengok gambar ni ye...

Wednesday, September 15, 2010

cerita raya

Salam. Makndak mulakan post kali ni dengan berita sedih. Zorro, kucing Makndak dah mati. Baru tadi Pakndak bungkus. Sakit...dia dah lama sakit... dalam bulan puasa hari tu dia sakit...tak tau apa jadi, bawak jumpa vet katanya rahang dah beralih..patut le tak mau makan. Tapi tak lama lepas tu dia sihat...semalam dia sakit balik...masa mula-mula dia sakit tu, memang Makndak sedih...ingat nyawa dia tak panjang...Zorro le kucing yang pandai main rambut Makndak...
sebenarnya Makndak ni masih lagi berkabung, hari Isnin lepas seekor lagi kucing Makndak, BamBam mati... Makndak tengok dia hembus nafas terakhir... sedihnya tak leh cakap... tapi masa Ciki mati lagi sedih...dah le...tak sanggup nak citer pasal kucing ni...dah nyawanya sampai takat ni je...setiap yang hidup pasti akan mati, kan...

Ok..kita citer pasal raya. Kali ni raya macam 'lemau' je...apa taknya...mak tak sihat...mak dan ayah Makndak, Alhamdulillah sihat. Mak yang sorang ni tak sihat...demam, batuk, pening kepala sikit...bila ajak gi klinik tak mau... biasa ler orang tua...tapi masa Makndak nak bertolak balik ke sini nampak dah sihat...Alhamdulillah....

Sampai sini dulu ye...nanti Makndak masukkan citer lain ngan gambar sekali...

Monday, September 6, 2010

Selamat Hari Raya....

Tak lama je lagi kita akan menyambut hari raya. Rasanya ramai yang dah berada di kampung sekarang. Raya kat kampung lagi seronok kan? Makndak pun kat kampung le ni. Sabtu lepas sampai. Sebenarnya ada cerita sikit pasal balik kampung ni. Macam biasa le, hati-hati bila memandu. Tapi yang buat Makndak geram ni adalah sikap sesetengah ibu bapa bila berada dalam kereta dan di jalan raya. Ada ibu bapa yang tak kisah pun apa anak-anak mereka buat bila dalam kereta, tapi bila dah jadi sesuatu, baru le nak melalak, terpekik terlolong...Depan kereta kami ni ada kereta Proton Perdana kalau tak silap (ni dah sampai Lubok China). Pemandu kereta ni memang cermat, tak le laju, sebab jalan kampung...tapi anaknya dibiarkan meninjau ke luar, kiranya tingkap bukak sampai abis, kepala budak tu terjulur keluar. Kan bahaya macam tu? Makndak geram betul tengok. Malang tidak berbau...jangan dah tersangkut budak tu baru nak sedar...Makndak rasa rasionalnya budak tu dok kat bandar, jadi dah sampai kampung, biar je la...
agaknya dia pikir dah nak sampai rumah...bahaya sangat...kepada pemandu lain, jangan le buat camtu ye...sayang le anak-anak...
Selamat Hari Raya...