Makndak pun tahun ni guna set baru, he....main kutu...boleh kata hampir semua cikgu sekolah Makndak main kutu cap PERNAMA ni....meriah...
Set Makndak guna Vantage dengan Corelle, Corningware pun ada. Tapi jangan nak berlagak sangat la...ada orang dah guna dulu...nak tau siapa? Mak mertua Makndak le... tak caya? Makndak tunjuk gambar ye.




Mak Makndak pun ada gak koleksi ni, tapi set pinggan rasanya. Bunga tu memang klasik kan? Pakndak kata kat Mudah.my, dah banyak keluar iklan pinggan mangkuk yang jenis lama tu, bunga hitam...pengumpul barang antik memang suka...yelah, dah macam fesyen baju, corak 'dolu-dolu' keluar balik, camtu le juga pinggan mangkuk ni. Orang dok sibuk cari yang lama...
hhmmm....suka hati korang le...
Jumaat lepas, 24 September ( birthday Mak Uda ), sekolah adakan jamuan hari raya. Cikgu-cikgu ada 'potluck'. Makndak saja tengok-tengok juadah apa yang ada. Tiba-tiba, ternampak satu benda dah taraf 'klasik nasional'. Tengok gambar ni ye...

aku pon tersenarai dalam 'bini2 askar hat suka bikin kutu dekat PENAMA' hauahuahuahauha...high 5 lin... :D
ReplyDelete