Monday, September 6, 2010

Selamat Hari Raya....

Tak lama je lagi kita akan menyambut hari raya. Rasanya ramai yang dah berada di kampung sekarang. Raya kat kampung lagi seronok kan? Makndak pun kat kampung le ni. Sabtu lepas sampai. Sebenarnya ada cerita sikit pasal balik kampung ni. Macam biasa le, hati-hati bila memandu. Tapi yang buat Makndak geram ni adalah sikap sesetengah ibu bapa bila berada dalam kereta dan di jalan raya. Ada ibu bapa yang tak kisah pun apa anak-anak mereka buat bila dalam kereta, tapi bila dah jadi sesuatu, baru le nak melalak, terpekik terlolong...Depan kereta kami ni ada kereta Proton Perdana kalau tak silap (ni dah sampai Lubok China). Pemandu kereta ni memang cermat, tak le laju, sebab jalan kampung...tapi anaknya dibiarkan meninjau ke luar, kiranya tingkap bukak sampai abis, kepala budak tu terjulur keluar. Kan bahaya macam tu? Makndak geram betul tengok. Malang tidak berbau...jangan dah tersangkut budak tu baru nak sedar...Makndak rasa rasionalnya budak tu dok kat bandar, jadi dah sampai kampung, biar je la...
agaknya dia pikir dah nak sampai rumah...bahaya sangat...kepada pemandu lain, jangan le buat camtu ye...sayang le anak-anak...
Selamat Hari Raya...

Monday, August 23, 2010

nasyid best!

Makndak mula-mula dengar lagu ni masa camping kat sekolah bulan 7 lepas. Masa tu Ustaz Azizi pasang CD dia sementara menunggu GB turun untuk acara penutup. Tadi Makndak jumpa penyanyi ni dalam fb. Tekan butang 'like' le apa lagi.. Kalau tak silap IKIM.fm pun ada main lagu ni.
Hayati lagu ni ye...

Maher Zain - Always be there

Sunday, August 22, 2010

juadah berbuka

Sudah 12 hari kita berpuasa. Alhamdulillah, Makndak rasa sihat je sepanjang puasa ni. Cuma Abang je tak dapat puasa penuh, demam...ngan adik sekali...
Bulan puasa juga adalah bulan mencuba resepi. Sama le macam Makndak, baru-baru ni buat nasi tomato. Abang suka nasi tomato, jadi Pakndak pun cari le resepi kat internet...
Jam 2 petang dah masuk dapur. Aiza pun ada, jadi terjebak le dia..
Dipendekkan cerita, jadi le nasi tomato tu. Sedap... tengok le gambar-gambar ni ye...
tang telur bungkus tu...Pakndak le punye keje...tapi telurnya tak berapa nak bungkus le...

Wednesday, August 18, 2010

sukanya!!!!

makndak dah jumpa blog....mulanya makndak dah putus harapan...pakndak suruh bukak jugak, jumpa...google sorok sebab ada 'kuman'...kira macam kuarantin le... sukanya....macam-macam citer nak masuk ni... jumpa lagi...

Tuesday, April 13, 2010

anak-anakku dah ada lesen?

Sesiapa yang baca ni mesti ter'gezut'! Sebabnya Makndak pun 'lesenless', anak-anak pulak dah ada? Bebudak ni belajar memandu kat TESCO EXTRA, ada sekolah memandu untuk kanak-kanak. Yelah, tu! Hafizuddin dengan Dini naik kereta KIDDOS RIDE.
Nilah dia...


Kalau yang pandai bawak sendiri biar le dia pusing stereng tu. Tapi yang belum berapa pandai mak ayah dia boleh bawakkan guna remote control.
Macam Pakndak ni...Dini lum berapa mahir lagi bawak kereta...Bayaran : RM3 - 5 minit, RM5 - 10 minit
Pakndak bayar RM3 je, sebelum main ni dah main kat game arcade dalam ni jugak. Dah kena RM4 kat situ. Janji dah rasa main, kan? Lain kali, bila poket Makndak penuh boleh le lama sikit...
Seronok benar abang dengan adik ni...Hajikabucuk nak naik tak?

Saturday, March 27, 2010

Jangan monyet!

Rasanya sesiapa yang sezaman dengan Makndak mesti ingat kartun ni. Masa kartun ni keluar kat tv, seronok benar rasanya. Video ni pun dapat dari Izzati, dalam fb dia. Tima kasih la Tie...
Jadi, tunggu apa lagi...tengok la...

Thursday, March 25, 2010

macam-macam cerita

Salam...lama betul tak update blog. Masa tulis cerita pergi zoo tu Makndak rasa malas je.Kenapa entah...Masa tu takde mood nak menaip. Sekarang dah ada bahan.

1. Nasi ayam Kalau nak tau, inilah kali pertama Makndak masak nasi ayam. Orang lain dah berapa kali buat...
Sebenarnya, baru belajar dengan Mak Uda. Terima kasih ye Mak Uda. Biasa la...first-timer, ada la yang kurang. Tapi tak kisah la. Sedap...tak caya? tengok gambar ni...Tengok ni...Pakndak makan dengan tekun...Selang sehari Pakndak beli lagi ayam, mintak buat lagi. Bebudak 2 orang ni memang teruja la, dapat makan nasi ayam lagi!!!

2. Mandi hujan
Ni masa cuti sekolah yang baru lepas. Hujan kat kampung, apalagi, budak-budak ni main
hujan le. Pakndak pulak jadi ketua, basuh kereta dalam hujan. Seronoknya!!!
Yang tak bestnya, kejap sangat pulak hujan turun. Takpelah...janji main air...yeeaaayyy!!!!

3. Sata
Pernah dengar pasal sata? Sata ni macam otak-otak jugak, isi ikan. Tapi ada kelapa. Jadi sata ni tak berapa tahan lama. Sedap juga. Mak Uda amik dari kawan dia.
Siapa-siapa yang tak pernah tengok sata, tengok kat sini ye.



4. Cumi dah beranak...
Kucing Makndak, Cumi, dah beranak!!!. Hari Rabu, 24.3.2010, jam 6 petang. Seekor je
yang keluar. Dah dekat 11.30 malam camtu, keluar lagi 3 ekor. Petang Khamis tadi keluar
lagi seekor, tapi umur dia tak panjang. Lahir songsang. Kaki keluar dulu, kepala dia dah
tersepit lama agaknya. Yelah, Pakndak nampak ada seekor lagi, tapi kaki je. Dalam 10 minit
lebih kurang, Dini bagitau ada baby kucing bawah meja makan. Rupanya si Cumi keluar dari
'wad bersalin' pegi kat bawah meja. Anak dia lahir kat situ. Tapi tak bergerak...Sedihnya...
Kat kampung, bilik Mak Uda jadi 'labour room'. Mimi pulak beranak, 3 ekor je...
meriah betul...

Ni Pakndak jadi Staff Nurse....