Thursday, March 25, 2010

macam-macam cerita

Salam...lama betul tak update blog. Masa tulis cerita pergi zoo tu Makndak rasa malas je.Kenapa entah...Masa tu takde mood nak menaip. Sekarang dah ada bahan.

1. Nasi ayam Kalau nak tau, inilah kali pertama Makndak masak nasi ayam. Orang lain dah berapa kali buat...
Sebenarnya, baru belajar dengan Mak Uda. Terima kasih ye Mak Uda. Biasa la...first-timer, ada la yang kurang. Tapi tak kisah la. Sedap...tak caya? tengok gambar ni...Tengok ni...Pakndak makan dengan tekun...Selang sehari Pakndak beli lagi ayam, mintak buat lagi. Bebudak 2 orang ni memang teruja la, dapat makan nasi ayam lagi!!!

2. Mandi hujan
Ni masa cuti sekolah yang baru lepas. Hujan kat kampung, apalagi, budak-budak ni main
hujan le. Pakndak pulak jadi ketua, basuh kereta dalam hujan. Seronoknya!!!
Yang tak bestnya, kejap sangat pulak hujan turun. Takpelah...janji main air...yeeaaayyy!!!!

3. Sata
Pernah dengar pasal sata? Sata ni macam otak-otak jugak, isi ikan. Tapi ada kelapa. Jadi sata ni tak berapa tahan lama. Sedap juga. Mak Uda amik dari kawan dia.
Siapa-siapa yang tak pernah tengok sata, tengok kat sini ye.



4. Cumi dah beranak...
Kucing Makndak, Cumi, dah beranak!!!. Hari Rabu, 24.3.2010, jam 6 petang. Seekor je
yang keluar. Dah dekat 11.30 malam camtu, keluar lagi 3 ekor. Petang Khamis tadi keluar
lagi seekor, tapi umur dia tak panjang. Lahir songsang. Kaki keluar dulu, kepala dia dah
tersepit lama agaknya. Yelah, Pakndak nampak ada seekor lagi, tapi kaki je. Dalam 10 minit
lebih kurang, Dini bagitau ada baby kucing bawah meja makan. Rupanya si Cumi keluar dari
'wad bersalin' pegi kat bawah meja. Anak dia lahir kat situ. Tapi tak bergerak...Sedihnya...
Kat kampung, bilik Mak Uda jadi 'labour room'. Mimi pulak beranak, 3 ekor je...
meriah betul...

Ni Pakndak jadi Staff Nurse....

2 comments:

  1. tak tau la nape post kali ni jadi cacamarba...kejap ke tepi, ke tengah... maafkanlah...

    ReplyDelete
  2. kelakornya lah pak bidan tu,gmbor buat wachaa tak ambik kot tak buleh buat entry tu..

    ReplyDelete