Friday, July 1, 2011

luahan rasa

Makndak rasa pelik tengok budak sekolah zaman sekarang. Tak tau malu dengan orang keliling. Budak-budak ni rasa macam dah besar sangat ke? Seluar dalam pun mak ayah belikan, dah nak tunjuk lagak. Agaknya bebudak ni dah tak sabar nak jadi dewasa. Diorang ingat DEWASA = BOLEH BUAT APA SAHAJA? Salah konsep tu. Nanti bila dah betul-betul dewasa baru tau keadaan sebenar.
Makndak tengok bebudak sekolah zaman sekarang selamba je merokok. Sambil tunggu bas hisap rokok. Sikit dia tak tau malu bila orang tengok. Cikgu dia tengok pun takde rasa apa...
selamba je...

Sedar le diri tu sikit. Makan pakai pun masih mak ayah yang tanggung, semestinya duit rokok tu pun datang dari mak ayah. Yelah, duit belanja yang dapat tiap-tiap bulan tu, bukan dari mak ayah? Adoi...apa nak jadi le bebudak ni?