Wednesday, October 21, 2009

Bertukar!

Ni la jadinya bila komputer ada hati dan perasaan...

nasi ambang

Rasanya ramai orang tahu apa itu nasi ambang. Makanan orang Jawa. Tapi yang tak Jawa pun dah pandai makan nasi tu. Tahun lepas cikgu-cikgu SK TUDM Subang makan nasi ambang, tapi tidak le dalam dulang. Bungkus. Macam-macam dalam tu. Nasi, mee goreng, tempe (semestinya), lauk ayam kicap ngan sayur. Kalau tak silap...
Masa kat kampung minggu lepas, Makndak dengan Mak U
da bagi anak-anak makan dalam dulang. Risau juga kot ada yang tak nak makan. Rupa-rupanya semua seronok. Siap kata ni rahsia.
Tak boleh cerita dengan orang lain. Lauk malam tu sambal te
lur dengan kari ayam. Kicap atas permintaan. Tuang la kat bahagian masing-masing kan...tengok la sendiri rupa nasi ambang Makndak & Mak Uda ni.
sedap tak?

Dah siap semua, anak-anak pun dipanggil makan.

Seronoknya makan...


Juara bertahan, Hariz.

Bila dah kenyang, macam ni la penyudahnya... mak kata elok makan sedulang ni. Nanti tak lupa saudara mara... satu lagi kelebihan makan dalam dulang ni ialah...
BASUH DULANG DENGAN GELAS JE!!!!

Tuesday, October 20, 2009

saje...

Dulu masa Tingkatan 5, masa ulangkaji subjek Matematik, Makndak selalu pasang lagu ni. Kiranya bagi semangat nak buat latihan Matematik tu. Masa tu tahun 1996, kakcik baru balik dari Australia. Kakcik tau Makndak suka lagu ni ( sebenarnya Makndak yang mintak belikan...) jadi dibelikannya kaset (masa tu kaset masih lagi berleluasa). Jadi, Makndak pasang le lagu ni. Tajuk lagu ni 'Keys to Imagination'. Artis - Yanni. Asal Greece. Hemsem...Lagu ni memang best. Bila dengar lagu ni, Makndak selalu berangan ada kat Acropolis ni...

Sunday, October 4, 2009

Thunderbirds - USAF airshow in Malaysia

Semalam ada pertunjukan udara kat sini. Pangkalan Udara Subang. Thunderbirds - US Air Force. Best...
Sebenarnya dah beberapa hari ruang udara pangkalan ni riuh
ngan bunyi jet. Bising jugak, tapi seronok. Tengok jet tu laju je, siap pusing-pusing, bersilang -silang ngan jet lain, seronok benar. Tengah masak pun boleh main lari-lari pegi kat tingkap, nak tengok sangat. Nasib baik ikan goreng tak hangus...
Hari Jumaat kelmarin ada jamuan raya kat sekolah. Dalam jam 11 pagi camtu, budak-budak dah bising sambil berlari ke padang. Rupanya Thunderbirds dah buat latihan. Cikgu-cikgu pun sama le...yelah, Hari Sabtu tak dapat tengok sebab ada LADAP. Nak buat camne...jadi tengah hari tu, suma warga SK TUDM Subang berkumpul di padang nak tengok airshow. Yang paling seronok Kak As. Kalah budak darjah 1! Makndak pun teruja gak! Dua tahun lepas dapat tengok
Red Arrows dengan Suryakiran (Indian Air Force). Pun seronok jugak.

Tengok la muka Kak As yang teruja sangat ni...






Petang Jumaat tu pulak, Pakndak balik kampung amik anak-anak sedara dia, anak Induk Aspa dengan anak Mak Uda blogger. Haziq, anak bongsu Mak Uda blogger na
k ikut, melalak budak tu...Mak Uda kata payah nanti, dia menyusu. Eleh, susu botol...anak Makndak pun menyusu. Sebenarnya sunyi nanti kalau bagi Haziq ikut. Macam le kita tak tau...
Pagi Sabtu, Makndak bersiap nak pegi LADAP, budak-budak ni siap nak pegi tengok airshow. Yang bestnya, si Amir Kemot, orang pertama mandi! Kalau kat rumah dia la yang terakhir mandi. Tapi sebab nak tengok kapal terbang, bangun tidur terus capai tuala! ni la dia Amir Kemot, dah siap mandi!

sarapan dulu...
dah sampai kat hangar...
Airshow semalam mula lambat sikit, sebab pagi tu cuaca mendung, angin kuat. Jadi, sementara menunggu ni la aktiviti bebudak nih...
sesi 'makeover'









Masa ni Makndak kat sekolah dah, tengah makan, ambik tenaga sebab ada aktiviti ala Explorace...menang tu, dapat nombor 3! nasib baik tak semput. Dah le inhaler dah expired!
Sebab lama sangat menunggu, budak-budak ni gelisah. Sibuk nak balik, nak main PS2. Jadi Pakndak terpaksa le balik... Makndak dapat tengok kat sekola
h...berlari sekuat hati nak habiskan Explorace tu...bila dapat tengok, bising betul...jet bising, cikgu-cikgu ni lagi bising!Jam 1 dah boleh balik. Makndak balik melintas sesuka hati je, TUDM jem! Kereta bukan main banyak...yelah, orang datang tengok, orang beraya merangkap tengok airshow, sampai 3.30 petang baru reda...Bang Ngah Rejab datang dengan adik dia siap terlelap, menunggu jem reda. Alang Hamdan, Pakndak amik naik motor sebab dah tersekat. Sesak di kedua-dua arah.
Tak caya? Tengok gambar ni...

SESAK!
Bila dah selesai semua, tetamu pun dah balik, ni la keadaannya...


Kepada yang berminat nak tahu lebih lanjut mengenai Thunderbirds, klik sini ye... http://thunderbirds.airforce.com/

Thursday, October 1, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Selamat hari raya makndak ucapkan untuk suma...kepada kawan-kawan sekolah / maktab yang terjumpa blog ni, selamat hari raya, maaf zahir batin. Yelah, kita hanya manusia biasa, tak lepas dari melakukan kesilapan. (macam skrip drama lak...) apa pun, dalam kita seronok beraya, ada sedikit cerita yang makndak nak kongsi. Boleh juga dijadikan peringatan untuk makndak sendiri dan juga untuk suma worang yang baca kisah ni.
Makndak sampai Subang dari kampung hari Sabtu lepas. lebih kurang jam 8 malam. lepas masak, kemas serba sikit, nak duduk tengok tv pulak. Masa tu dah jam 10 malam. 10 MALAM. Tiba-tiba ada suara sumbang bagi salam dan menyebut, "acik, nak raya". Makndak dah tau ni musti budak-budak sekolah. Nasib bebudak tu baik sebab pakndak yang bukak pintu, kalau makndak yang bukak....
Bila sekolah bukak hari Isnin lepas, masa perhimpunan, makndak mintak cikgu disipln ni ingatkan bebudak malam takyah la pegi beraya. Yang makndak tak paham, mak bapak diorang tak tengok jam ke? Takkan tak risau anak tak balik rumah, jam dah pukul 10? Yelah...agaknya pikir sebab tinggal dalam tempat terkawal, jadi takde apa nak dirisaukan...
Di sinilah perlunya sifat BERTIMBANGRASA dan HORMAT ANTARA SATU SAMA LAIN. Dah pukul 10 malam takyah le beraya lagi. Siang nanti beraya benar le...
Selamat Hari Raya....